MANJUNG: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang cuba mengaut keuntungan berganda dengan menggunakan lori tanah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid berkata, kejayaan itu hasil serbuan di sebuah stor simpanan di kawasan penyelenggaraan dan pembinaan Jalan Batu 20, Trong, petang Khamis.
Menurutnya, operasi kira-kira jam 4 petang itu adalah hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan oleh pasukan perisikan KPDN Cawangan Manjung selama dua minggu di sekitar Pekan Beruas dan Trong.
“Hasil risikan dan pemantauan mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli minyak diesel di stesen minyak sekitar Beruas pada harga bersubsidi secara terus ke tangki asal kenderaan sebuah lori tanah secara berulang-ulang sehingga lapan kali sehari dengan anggaran sebanyak 600 liter sekali pembelian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Menurutnya, minyak diesel bersubsidi ini dipercayai telah diseleweng untuk kegunaan mesin dan jentera penyelenggaraan pembinaan jalan raya di kawasan tersebut bagi mengurangkan kos operasi perniagaan kerana harga yang lebih murah dari minyak diesel komersil.
Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis telah menemui sebanyak 5,200 liter cecair yang disyaki minyak diesel disimpan di stor simpanan haram ini.
Tambahnya, seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang ditemui di lokasi kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal juga mendapati syarikat ini telah menyimpan minyak diesel tanpa kebenaran atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, semua barangan seperti diesel, sebuah kenderaan lori dan beberapa peralatan serta dokumen telah disita dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM96,248.
Mohamed Aznanshah berkata, sebuah stesen minyak yang disyaki terlibat dalam sindiket itu juga telah diambil tindakan hari ini dan akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada, termasuklah syor pembatalan lesen sekiranya didapati terbukti bersubahat.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jul 13 2023
Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang cuba mengaut keuntungan berganda dengan menggunakan lori tanah. - Gambar KPDN Perak
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.
Stor haram simpan diesel diserbu, dua lelaki tempatan ditahan
Kejayaan operasi itu adalah hasil maklumat risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat awam berhubung aktiviti tersebut.
Op Tiris: Sindiket seleweng diesel bersubsidi di Taiping tumpas
Dalam operasi kira-kira 7.45 malam itu, KPDN Perak berjaya menemui premis yang disyaki dijadikan tempat pengumpulan sementara diesel.
KPDN rampas 47,540 liter diesel bersubsidi diseleweng
Serbuan menerusi Op Tiris oleh anggota penguat kuasa KPDN pada jam 8.10 malam itu merupakan hasil risikan sejak enam bulan.
APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
Simpan diesel bersubsidi tanpa lesen, kilang berdepan tindakan undang-undang
Ketika serbuan dilakukan, premis di Kawasan Perindustrian Kanthan itu sedang beroperasi menjalankan perniagaan kilang membuat bumbung.